Ya Allah, sesungguhnya yang baik itu datang dariMu dan yang buruk itu adalah kekhilafanku sendiri…Jauhilah aku serta keluargaku dari alpa dengan nikmat duniawi … kurniakanlah kami dengan rahmat dan hidayahmu..Aaminn..

Ahad, 19 Mei 2013

Ibadat Solat

Solat merupakan suatu ibadat yang terpenting dan disepakati oleh seluruh ulama bahawa selepas iman,solat merupakan amalan yang lebih afdal daripada seluruh ibadat-ibadat fardu yang lain dan solat juga amalan yang pertama sekali akan disoal pada hari kiama.Jadi marilah kita sama-sama baca dan fahami hadis Rasulullah mengenai kelebihan solat...

Hadis 1
  Diriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin Umar r.anhuma katanya Rasulullah SAW bersabda,''Islam dibina atas lima(rukun).Bersaksi bahawasanya tiafa tuhan selain Allah SWT dan Muhammad adalah hambanya dan Rasulnya,mendirikan solat,mengeluarkan zakat,menunaikan haji dan berpuasa dalam bulan ramadhan.'' (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim


Keterangan..
       Kelima-lima perkara di atas merupakan asas Islam yang unggul dan rukun yang penting.Dalam hadith ini,Nabi SAW mengibaratkan Islam sebagai sebuah khemah yang ditegakkan  oleh lima batang tiang.Tiang tengah ialah kalimah syahadah,sementara keempat-empat tiang di empat penjuru khemah itu merupakan empat lagi rukun Islam yang lain.Tanpa tiang tengah,khemah tersebut tidak boleh ditegakkan sama sekali.Jika khemah itu ada tiang tengah dan salah satu daripada empat tiang tadi tidak ada maka khemah itu masih dapat ditegakkan tetapi penjuru yang tiada tiang itu akan cacat dan condong.Setelah mengatahui sabdaan Nabi SAW yang tersebut,kini marilah kita sama-sama menyemak diri kita sendiri sejauh manakah teguhnya khemah yang telah kita dirikan itu dan rukun Islam yang manakah telah dapat kita jaga dengan sempurna? Sebenarnya kelima-lima rukun Islam tersebut amat penting sehingga dijadikan sebagai asas Islam.Sebagai seorang Islam,kita sangat perlu mengambil berat terhadap kesemua rukun Islam itu tetapi amalan yang terpenting sesudah iman ialah solat.

Hadis 2..
   Daripada Abu Zar R.A berkata, ''Suatu ketika Rasulullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur,lantas Baginda SAW memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda,'' Wahai Abu Zar.'' Saya menyahut, '' Saya, Ya Rasulullah.'' kemudian Baginda SAW bersabda,'' Apabila seseorang Islam menunaikan solat untuk mendapat keredaan Allah SWT, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok.'' (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Hadis 3... 
  Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A katanya, '' Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,'' Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari,pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran(pada badannya)?'' Para sahabat R.A menjawab, '' Tidak akan tertinggal sedikitpun kekotoran.'' Rasulullah SAW bersabda,'' Maka demikianlah juga solat lima waktu,melalui solat Allah SWT akan mengampunkan dosa.'' ( Hadis riwayat Imam Bukhari dan muslim)


Hadis 4...
    Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya, ''Apabila Rasulullah SAW mengalami sesuatu kesulitan, Baginda segera mengerjakan solat. '' ( Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)


Hadis 5...

   Diriwayatkan daripada Abu Qatadah r.a katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda, ''Allah SWT telah berfirman,Aku telah memfardukan ke atas umatmu solat lima (waktu).Aku sungguh-sungguh telah berjanji dengan diriKu bahawa sesiapayang menjaga solat tepat pada waktu maka Aku bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga.Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solat Aku langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya.'' (Riwayat Imam Abu Daud,Ibnu Majah dll)
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan