Ya Allah, sesungguhnya yang baik itu datang dariMu dan yang buruk itu adalah kekhilafanku sendiri…Jauhilah aku serta keluargaku dari alpa dengan nikmat duniawi … kurniakanlah kami dengan rahmat dan hidayahmu..Aaminn..

Isnin, 27 Mei 2013

Kisah-kisah para sahabat SAW...

Kisah kesyahidan Anas bin Nadhr
   
      Anas bin Nadhr r.a ialah seorang sahabat yang tidak dapat menyertai peperangan Badar.Beliau sedih tentang perkara itu dan mengutuk dirinya dengan berkata,'' Badar ialah peperangan yang pertama dan agung dalam Islam sedangkan engkau tidak dapat menyertai peperangan itu.''
       Beliau bercita-cita sekiranya ada peperangan lain maka beliau akan tunaikan tuntutan semangatnya.Secara kebetulan peperangan Uhud pun tiba maka beliau telah menyertai peperangan itu dengan penuh kepahlawanan dan keberanian.Dalam peperangan Uhud, orang Islam telah menang pada permulaan perang itu.Tetapi, akibat satu kesilapan, orang Islam akhirnya kalah.kesilapan tersebut berlaku begini. Rasulullah SAW telah menetapkan beberapa orang di sebuah bukit yang tertentu dengan bersabda, ''Selagi saya tidak beri arahan, kamu jangan tinggalkan bukit itu kerana musuh mungkin akan menyerang dari tempat itu.''
       Orang-orang Islam telah menang pada mulanya.Kemudian apabila tentera-tentera yang berada di atas bukit melihat orang kafir melarikan diri maka kebanyakan mereka telah turun dari bukit itu dengan menyangka bahawa peperangan sudah berakhir.Oleh sebab itu, mereka berlari-lari mengejar orang kafir untuk mendapatkan harta rampasan.Ketua jemaah tersebut telah melarang dengan berkata,'' Ini ialah larangan Rasulullah SAW, kamu jangan tinggalkan tempat ini.''
      Walaubagaimanapun, mereka menyangka bahawa perintah Rasulullah SAW hanya semasa pertempuran sahaja.Oleh itu, mereka turun dari tempat tersebut dan menuju ke medan.Semasa melarikan diri,orang kafir ternampak yang bukit itu telah dibiarkan kosong lalu mereka pun datang dari arah tersebut dan membuat serangan. Pada ketika itu orang Islam berada dalam keadaan leka. Tanpa disedari, orang kafir telah melancarkan serangan mengejut dan ini menyebabkan orang Islam rasa tertekan.Tambahan pula,orang Islam berada di tengah-tengah orang kafir yang menyerang dari kedua-dua arah.Oleh sebab itu, mereka lari tidak tentu hala.
      Anas r.a telah ternampak seorang sahabat, Sa'ad bin Ma'az r.a datang dari arah hadapan. Beliau berkata, '' Wahai Sa'ad, ke mana engkau henda pergi? Demi Allah, keharuman syurga sedang datang dari arah bukit Uhud. ''
      Setelah berkata demikian, beliau menyerbu ke arah kumpulan orang kafir dengan pedang yang masih terhunus di tangan.Selagi tidak syahid selagi itu beliau tidak akan pulang.Setelah gugur syahid, didapati badannya telah cedera parah.Terdapat lebih daripada lapan puluh liang lukapada badannya akibat terkena pedang dan anak panah.Saudara perempuan beliau sahaja yang dapat mengenalinya melalui hujung jari beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan